- Get link
- X
- Other Apps
Credit to : Bisous A Toi

Where there is cake, there is hope. And there is always cake.
- Dean Koontz -
Resepi Kek Butter
Kek Butter or Butter Cake sangat simple untuk di buat dan bahan-bahan ada di rumah. Kalau ada jamuan, door gift, mesyuarat tingkap, hi-tea, house warming dan lain-lain, Kek Butter sangat sesuai untuk dihidangkan dan diterima tekak rakyat kita.
Kek ini sangat mudah untuk dibuat dan jarang gagal dibuat dan kebanyakan resepi saya cuba selalu menjadi. Sejarah Kek Butter bermula dari Kek Paun Inggeris yang dibuat secara traditional dengan menggunakan empat bahan utama iaitu gula, mentega, tepung dan telur. Rasa Kek Butter adalah lembap dan kaya dengan rasa butter yang digunakan jika disimpan di room temperature. Akan tetapi, Kek Butter akan menjadi kering dan hilang rasa "buttery" jika disimpan di dalam peti sejuk.
Untuk membuat Kek Butter sudah tentu perlu menggunakan "star ingredients" iaitu Mentega atau Butter. Jika saya membuat Kek Butter saya akan menggunakan "pure butter" yang diperbuat daripada lemak haiwan dan mengandungi lebih banyak lemak tepu. Rasa dan bau kek adalah semerbak dan kek yang dihasilkan sangat gebu. Jenama yang kerap saya gunakan ialah jenama Anchor, Lurpark dan Emborg. Harga sudah tentu mahal tetapi kek yang dihasilkan adalah sedap, wangi dan moist.
Manakala Kek Butter yang menggunakan lepa susu iaitu butter campuran marjerin seperti jenama Buttercup, ButterLite dan lain-lain, kek yang dihasilkan tetap sedap cuma kurang aroma dan lemak. Perbandingan harga antara lepa susu dan pure butter adalah sudah tentu seperti langit dan bumi. Ini adalah bergantung kepada "inner baker" masing-masing dalam menghasilkan kek yang bermutu dan berkualiti.
Comments
Post a Comment